Wednesday 6 March 2013

Tentera Laut Filipina tidak mahu beri kerjasama???

Demi menjaga persahabat diantara dua buah negara yang mempunyai hubungan diplomatik yang cukup kuat, pihak armada tentera laut Filipina telah menjaga perairan mereka dengan begitu rapi.

Walaupun begitu ada dakwaan seorang pemimpin MNLF, Muhajab Hashim yang mendakwa pejuang barisan itu dari Filipina, menuju ke Sabah untuk mengukuhkan kedudukan pengikut Sultan Sulu yang berjuang menentang pasukan keselamatan Malaysia.

Perairan Filipina perlu dikawal lebih ketat lagi oleh armada tentera laut negara itu, dan ini sudah pasti akan membuatkan pejuang MNLF tidak dapat meloloskan diri untuk masuk ke Sabah dan menentang tentera serta pihak keselamatan Malaysia.

Ini adalah lebih baik daripada lebih ramai pengikut kesultanan Sulu tersebut masuk ke Sabah dan akan mengakibatkan lebih ramai terkorban dalam serangan yang dilancarkan oleh angkatan tentera dan polis Malaysia.

Malaysia telah pun memberikan peluang kepada para pengikut kesultanan Sulu untuk menyerah atau pulang sahaja kenegara mereka namun peluang tersebut telah di salah gunakan oleh pengikut kesultanan Sulu dengan menyerang dan membunuh anggota polis Malaysia.

Pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ofensif besar-besaran kelmarin selepas tiga minggu pengikut sultan Sulu Jamalul Kiram III berkubu di situ dan keganasan meletus minggu lalu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh.

Tetapi pembantu sultan berkata di Manila bahawa kumpulan Azzimudie terselamat daripada serangan, termasuk serangan udara yang dilancarkan oleh pihak tentera udara diRaja Malaysia.

Sumber dari : http://bit.ly/14vPn7n


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment