Saturday 23 March 2013

Rakyat tolak @TajuddinRaman & @Azwanbro ????? @Tunfaisal @Hairul_own

Perlancaran Jentera Pilihanraya 13 Barisan Nasional Parlimen Pasir Salak. Program ini akan dirasmikan oleh Dato Haji Tajuddin Bin Abd Rahman,Pengerusi merangkap Pengarah Pilihanraya BN Pasir Salak.

Program ini adalah himpunan kesemua Jentera yang terbesar di Parlimen ini,seramai 50,000 orang hadir.

Kelihatan urusetia dari peringkat Veteran,Wanita,Pemuda,puteri Parlimen Pasir Salak bertungkus lumus bergotong royong memastikan program ini berjalan lancar sejak dari petang lagi. Pada kali ini dilihat kelihatan kesemua bahagian di bawah parlimen Pasir Salak bersatu hati dibawah satu bumbung jentera memastikan Kemenangan Barisan Nasional yang terbesar pada kali ini.

Sumber ~> http://bit.ly/15ENSEK


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 17 March 2013

HOT!BLOGGER PEMBANGKANG DAPAT RM50,000 @Khairykj @Tunfaisal

Blogger - blogger pembangkang di Negeri-Negeri Pakatan seperti Selangor, Kedah, Penang, Kelantan dan seluruh Media Maya di Negara ini akan menggunakan dana insentif RM50,000 bagi membantu Barisan Nasional memenangi PRU13 yang akan berlansung kelak.
Replika cek berjumlah RM 50,000 diserahkan kepada Pengerusi BN Youth CyberTeam (BNYCT) sdr Tun Faisal Ismail Aziz sebagai dana permulaan insentif karya-karya politik aktivis siber yang tersiar di dalam portal BNYCT menjelang PRU13.

KENYATAAN MEDIA 

YB SDR KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
PENGERUSI PEMUDA BN MALAYSIA
BAGI PELANCARAN "HIMPUNAN AKTIVIS SIBER PEMUDA BN"
BERTARIKH 16HB MAC 2013
BERTEMPAT DI ROYALE BINTANG DAMANSARA

Selanjutnya klik ~> http://bit.ly/YlmKah


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 9 March 2013

Lagi Balai Polis Kena Serang !!!!

Hari ini telah berlaku satu insiden dimana IPD Seri Manjung telah diserbu oleh sekumpulan NGO yang membantah kenyataan YB Tian Chua yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu tentang konflik yang melanda Lahad Datu Sabah.

Tian Chua dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pencerobohan dan pembunuhan anggota keselamatan di Sabah itu adalah konspirasi UMNO dan kematian anggota keselamatan adalah wayang UMNO.

Pelbagai pihak telah membuat kecaman terhadap beliau dan kali ini sudah tiba giliran NGO kawasan Manjung pula membuat laporan polis akibat dari rasa tidak puas hati dengan kenyataan beliau.

Kumpulan NGO yang diketuai oleh saudara Rafiq Pengerusi Gerakan Belia Kawasan 4B Manjung dan disertai oleh kira kira 80 orang yang mewakili NGO Seri Manjung pergi ke Balai Polis tengah hari tadi untuk membuat satu laporan polis tentang perkara tersebut.
Seterusnya klik http://bit.ly/XZFSO2


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 7 March 2013

KP Lumut SAMSENG!!!!

Hari ini 7/3/13 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut mengamuk. 9 buah rumah diserangnya. Punyalah KP lumut ni marah.. Habis semua 9 buah rumah ini diarahkan dibuang bumbung kerana tidak mengikut piawaian. Tiada kompromi lagi. Beliau menegaskan tiada alasan lagi untuk tidak membuka bumbung rumah tersebut...kejamkah KP Lumut hingga memaksa orang membuka bumbung rumah mereka?
Selanjutnya klik di link di bawah : http://mynameblackpanther.blogspot.com/2013/03/kp-nak-pecah-rumah-marah-ke.html?m=1


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 6 March 2013

Tentera Laut Filipina tidak mahu beri kerjasama???

Demi menjaga persahabat diantara dua buah negara yang mempunyai hubungan diplomatik yang cukup kuat, pihak armada tentera laut Filipina telah menjaga perairan mereka dengan begitu rapi.

Walaupun begitu ada dakwaan seorang pemimpin MNLF, Muhajab Hashim yang mendakwa pejuang barisan itu dari Filipina, menuju ke Sabah untuk mengukuhkan kedudukan pengikut Sultan Sulu yang berjuang menentang pasukan keselamatan Malaysia.

Perairan Filipina perlu dikawal lebih ketat lagi oleh armada tentera laut negara itu, dan ini sudah pasti akan membuatkan pejuang MNLF tidak dapat meloloskan diri untuk masuk ke Sabah dan menentang tentera serta pihak keselamatan Malaysia.

Ini adalah lebih baik daripada lebih ramai pengikut kesultanan Sulu tersebut masuk ke Sabah dan akan mengakibatkan lebih ramai terkorban dalam serangan yang dilancarkan oleh angkatan tentera dan polis Malaysia.

Malaysia telah pun memberikan peluang kepada para pengikut kesultanan Sulu untuk menyerah atau pulang sahaja kenegara mereka namun peluang tersebut telah di salah gunakan oleh pengikut kesultanan Sulu dengan menyerang dan membunuh anggota polis Malaysia.

Pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ofensif besar-besaran kelmarin selepas tiga minggu pengikut sultan Sulu Jamalul Kiram III berkubu di situ dan keganasan meletus minggu lalu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh.

Tetapi pembantu sultan berkata di Manila bahawa kumpulan Azzimudie terselamat daripada serangan, termasuk serangan udara yang dilancarkan oleh pihak tentera udara diRaja Malaysia.

Sumber dari : http://bit.ly/14vPn7n


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone