Saturday 9 March 2013

Lagi Balai Polis Kena Serang !!!!

Hari ini telah berlaku satu insiden dimana IPD Seri Manjung telah diserbu oleh sekumpulan NGO yang membantah kenyataan YB Tian Chua yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu tentang konflik yang melanda Lahad Datu Sabah.

Tian Chua dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pencerobohan dan pembunuhan anggota keselamatan di Sabah itu adalah konspirasi UMNO dan kematian anggota keselamatan adalah wayang UMNO.

Pelbagai pihak telah membuat kecaman terhadap beliau dan kali ini sudah tiba giliran NGO kawasan Manjung pula membuat laporan polis akibat dari rasa tidak puas hati dengan kenyataan beliau.

Kumpulan NGO yang diketuai oleh saudara Rafiq Pengerusi Gerakan Belia Kawasan 4B Manjung dan disertai oleh kira kira 80 orang yang mewakili NGO Seri Manjung pergi ke Balai Polis tengah hari tadi untuk membuat satu laporan polis tentang perkara tersebut.
Seterusnya klik http://bit.ly/XZFSO2


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment