Wednesday 1 June 2011

PANAS!!!! PANAS!!!!! NIZAR JAMALUDDIN DAJALKAN HUSAM MUSA???!


Aku baru dapat cerita, Nizar Lambai dah start gerakkan orang-orangnya untuk mengenakan Husam Musa. Senarai nama-nama kroni Husam, syarikat-syarikat proksi Husam, macai-macai Husam, semuanya disenaraikan, dicetak dan diedarkan.

Nizar dan Husam akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden PAS.

Berbeza dengan Husam yang menyertai PAS sebaik-baik sahaja keluar dari Universiti pada tahun 1983, Nizar pula hanya dikenali pada tahun 2008 selepas DAP tidak layak jadi Menteri Besar Perak. Dari sejak itu, nama Nizar mencanak-canak naik, walaupun banyak tindakannya bodoh-bodoh dan menyusahkan PAS sendiri.

Nizar cuba membuktikan yang Husam tidak layak untuk jawatan Naib Presiden PAS sebab Husam banyak skandal. Walaupun tidak ada bukti penyelewengan yang dilakukan oleh Husam sebab dia sangat licik dalam bab-bab sebegini, tetapi semua orang tahulah, ekonomi Kelantan, Husam yang pegang. Balak, tanah, Ladang Rakyat dan sebagainya, semuanya di bawah tangan Husam Musa, beb!

Mat lambai meroyan itu sebenarnya gila nak jadi Timbalan Presiden PAS. Itu sebablah dia cuba sekat Husam Musa dengan senarai nama syarikat proksi yang dapat kontrak kerajaan, macai-macai serta hulubalang-hulubalang termasuklah tukang sembunyi duit Husam.

Tujuannya bila Husam tak dapat jadi Naib Presiden, dan dia pula akan menang, peluangnya untuk mencuba jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan akan datang, lebih terbuka luas. Lagipun di belakangnya ada DAP Perak.

Tapi itu cerita yang aku dengarlah. Walaupun aku pun dah dapat senarai itu, tapi ada  banyak perkara tentang kesahihan apatah lagi yang menyerahkan pula adalah si fasiq yang diketahui mentekedaghah duit haram, tetapi sibuk mengatakan dia akan masuk syurga, aku kuranglah sedikit menaruh kepercayaan.

No comments:

Post a Comment