“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (TQS. al-Nisaa’ [4]: 58)
Begitulah beratnya amanah..ramai yang berani katakana amanah..tetapi roh amanah itu pun tidak tahu.Itulah keajaiban lidah ciptaan Allah disalah guna boleh mengangungkan diri tanpa rasa malu pada Allah Yang Maha Pencipta.Inilah yang berlaku perjalanan seorang ketua pentadbir negeri Perak selaku Menteri Besar yang amat berbeza cara gerak kerjanya seiring susasana politik yang begitu di hujung tanduk pada awalnya dan kini kebenaran timbul mengatasi batil.
YAB Dato Seri DiRaja Dr.Haji Zambry Bin Abdul Kadir seorang anak nelayan dan susah dalam kehidupan keluarganya.Sewaktu kecil ketiadaan bapa kandungnya(penceraian,)begitu pahit dan perit untuk melalui kehidupan yang serba susah.Namun penderitaan ini adalah qada dan qadar Allah SWT.Tahun demi tahun penderitaan ini Allah mengantikan beliau ditempat yang teratas dikalangan masyarakat dan diangkat darjat sebagai Menteri Besar Perak.Dengan bekalan ilmu agama yang baik juga sebagai Doktor Falsafah dan kekuatan cekal dlm hidup sebagai panduan berhadapan mainan politik yang tidak bertanggungjawab dan khianat oleh beberapa ahli politik tempatan di Perak.Ini juga qada dan qadar Allah.
Hari ini beliau bekerja amat keras untuk rakyat..bangun awal pagi jam 5.00 sudah memulakan tanggungjawab sebagai hamba Allah,keluarga dan rakyat.Pendekatan beliau pada rakyat juga amat berbeza,beliau mendengar siapa saja yang menemuinya dan selesaikan segera mungkin untuk menjuarakan rakyat tidak kira agama dan bangsa apa beliau amat perihatin dan amat fahami kesusahan akar umbi.
”Sampaikanlah amanah kepada yang mempercayakan kepadamu, dan janganlah kamu berkhianat kepada orang yang mengkhianatimu.” (THR Ahmad, Abu Dawud, dan al-Tirmidzi).
Inilah amanah..sukar dikatakan tetapi kita lihat perbuatannya.Seorang pemimpin ada amanahnya pasti ada jalan baik akan ditemuinya.Beliau tidak kira musuh politik atau siapa pun beliau memberi dan menghulur bantuan sama rata.Kita dan pemimpin lain adalah jangan segan silu untuk mengambil pengajaran baik dari pemimpin ini kerana setiap hamba Allah itu ada kebaikannya yang perlu kita contohi.
Amanah itu berat tetapi sesiapa saja mengatakan dirinya sudah cukup amanah itu sesuatu perkabaran dari orang-orang fasik.Islam itu ada ilmu dan amalan dan bukan hanya berkata tanpa amalnya.
No comments:
Post a Comment