Assalamualaikum... kebetulan saya lalu melalui jalan Lumut - Pantai Remis menuju ke Taiping.. apabila saya melalui jalan ini saya terpandang terdapat satu program yang baik... lalu saya berhenti melihat apakah sebenarnya program ini.. Rupa-rupanya penduduk Kampung Bt 4, Segari ini menjalankan aktiviti sukan futsal untuk kanak-kanak, belia, permainan congkak, dat dan gotong-royong membuat jamuan... sebelum itu rupanya mereka mengadakan mesyuarat Agung Surau kampung tersebut. Saya begitu kagum melihat penduduk disini dapat bersama dalam pelbagai aktiviti... yang saya lihat terdapat lebih kurang 450 orang penduduk yang hadir bersama untuk kedua-dua program iaitu mesyuarat agung surau dan aktiviti sukan.. tiada perbalahan dalam mesyuarat tersebut... tidak perlu pilihanraya jawatankuasa surau seperti yang diinginkan di Pulau Pinang... Sekiranya ada pilihanraya surau atau masjid dijalankan sudah tentu ada 2 kumpulan... dan perpecahan berlaku... sekiranya perpecahan berlaku, maka penduduk di kampung ini terpecah 2 kumpulan dan seterusnya perpecahan berlaku kepada umat islam di sini.. 98% penduduk disini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam...
Program bermula dari jam 9.00 pagi. Mesyuarat agung surau..lepas makan tengahari bersama dan solat zohor bersama... Jam 3 petang baru mula program sukan pulak.. saya mengucapkan TAHNIAH kepada kampung tersebut...
No comments:
Post a Comment