Agak kecoh dengan kenyataan MP Ampang Zuraidah ataupun lebih di kenali dengan nama Mak Lampir yang membuat laporan Polis telah menerima sekeping CD bertajuk Skandal Seks Mat sabu. Gomo menyambut baik apa yang di lakukan oleh Mak Lampir ini namun Gomo agak pelik dengan beberapa pekara.
Untuk makluman Gomo sudah melihat Video tersebut yang mana memaparkan perbualan Mat Sabu dan Normah wanita isteri orang yang di tangkap Khalwat bersama Mat Sabu di bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu. Dan Gomo boleh sahkan memang suara yang di rakam itu adalah suara Mat Sabu sama sekali.
Walaupun CD tersebut berada di tangan Gomo namun Gomo tidak sesekali memberikan kepada sesiapa dan masih lagi Gomo simpan CD tersebut kerana ingin melihat apakah yang akan berlaku setelah Gomo mengeluarkan kenyataan di dalam Tweeter yang Gomo sedang menyaksikan rakaman Video perbualan Lucah Mat Sabu dengan isteri orang.
Jangkaan Gomo tepat apabila sehari selepas itu Blogg Pembangkang yang pro PKR telah mengeluarkan kenyataan Gomo dan menyatakan Gomo akan mengeluarkan Video mat Sabu di dalam Blogg. Jangkaan ,mereka sebenarnya meleset sama sekali kerana Gomo juga ingin tahu siapa yang sebenarnya mengeluarkan Video rakaman Mat Sabu ini, dan atas sebab itu Gomo hanya tunggu dan lihat jika ada yang melatah dengan menuduh UMNO sebagai dalang nya.
Daripada gambar neh aku dapati ;
1. Tak lama lagi isu seks mat sabu akan dimainkan oleh umno.
2. blogger umno cakap ada rakaman suara.
3. Maknanya gambar di atas neh ialah klip ataupun rakaman bertulis yang berasaskan rakaman bersuara bagi memudahkan kita faham perbualan individu2 yang terlibat dalam aksi seks.
-Ini kenyataan Dari Blogg Pembangkang PKR Bertarikh 7 June 2011
-Ini kenyataan Dari Blogg Pembangkang PKR Bertarikh 7 June 2011
Dan apabila MP Ampang Mak Lampir tampil dengan menyatakan telah memperolehi Video tersebut Gomo sudah meneka bahawa ini tidak lain adalah keraja PKR yang mempunyai agenda dalam mematikan Mat Sabu dan kemudiannya meletakkan Kesalahan tersebut kepada UMNO.
Untuk makluman apa yang Gomo ketahui Video tersebut di sediakan oleh IKD Institut Kajian Dasar yang di pelopori oleh Anwar Ibrahim sewaktu beliau berada di dalam UMNO. Pada waktu itu IKD merupakan penggerak Anwar Ibrahim dan selepas Anwar Ibrahim di pecat dari UMNO mereka yang di sebalik tabir IKD ini juga turut sama menyertai Anwar Ibrahim dan seterusnya berada di dalam PKN Parti Keadilan Nasional yang sekarang ini di kenali dengan nama PKR Parti Keadilan Rakyat.
Jadi apabila MP Ampang Zuraidah yang keahlian nya PKR mengeluarkan CD tersebut Gomo lihat seolah ada satu permainan yang cuba di lakukan oleh PKR ke atas PAS terutama Mat Sabu. Ini tidak lain dan tidak bukan untuk membunuh karier Mat Sabu yang baru sahaja menang jawatan Timbalan Presiden PAS.
Bayangkan berapa lama sudah berlalu Video tersebut tidak keluar di mana mana You Tube mahupun Blogg dan sebaik sahaja Mat Sabu menang maka yang tampil mengeluarkan CD tersebut adalah pemimpin dari PKR yang kita tahu Anwar Ibrahim Ketua umum nya.
Mungkin mereka menjangkakan apabila Gomo perolehi CD tersebut maka Gomo akan keluarkannya dan dan secara automatik pengeluar utama CD tersebut datangnya dari Blogger Pro Kerajaan UMNO. Dan ini menjadikan Mat Sabu dan PAS serta rakyat akan melihat bahawa UMNO lah dalang penyebaran CD Mat Sabu.
Ini lah modus operandi PKR dalam mematikan PAS dan Mat Sabu yang pada mereka mampu mematikan langkah PKR untuk menjadi Ketua di dalam Pakatan Rakyat. Strategi ini sebenarnya telah KANTOI kerana ketidak sabaran PKR yang begitu gelojoh dan terdesak mengeluarkan Video Seks Mat Sabu terlebih dahulu sebelum Gomo dan Blogger lain keluarkan.
Semua orang tahu Mat Sabu mempunyai perang yang panjang dengan Anwar Ibrahim sejak dari dalam ABIM lagi. Malah Mat Sabu pernah menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dan Mat Sabu lah yang merupakan pemimpin Politik pertama menentang Anwar Ibrahim. Gelaran Anwar Al Juburi juga dtaangnya dari Mat Sabu.
Kemenangan Mat Sabu menjadikan PKR takut dan Anwar Ibrahim juga Goyah dengan kekuatan baru yang di bawa Mat Sabu di dalam Pakatan Rakyat. Matlamat PKR untuk terus menerajui Pakatan Rakyat di lihat musnah sama sekali dengan kemenangan Mat Sabu tempoh hari dan cara untuk menghilangkan keyakinan pengikut Pakatan Rakyat ke atas Mat Sabu adalah dengan mengeluarkan Video Seks nya.
Video Perbualan Seks Mat Sabu yang selama ini di simpan oleh IKD milik Anwar Ibrahim, Video yang selama ini kita tidak tahu akan kewujudannya. Malah Gomo serta rakan Blogger juga terkejut dengan keluarnya Video Mat sabu ini sejurus kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS.
Buat PAS yang selama ini menyatakan UMNO Jijik Porno dan sebagainya di minta untuk anda berhati hati dengan sekutu anda sendiri yang memang terbukti Dendam Lama tidak mudah terhapus dan selagi Kuasa menjadi Idaman siapa sahaja pasti akan mematikan musuh masing masing tidak kira dari dalam mahupun luar.
Gomo masih menyimpan CD Tersebut dan dari mana Gomo perolehi CD tersebut adalah menjadi kerahsian Gomo dan SOS yang Gomo ada dalam PKR. PKR seharusnya lebih bijak dalam memainkan isu ini dan Gomo lihat Kebodohan Mak Lampir ini sebenarnya telah membukan pekung agenda Jahat PKR dalam mematikan Mat Sabu dan PAS.
Dan jika kita lihat juga sampai ke hari ini yang memainkan sentimen isu Video Mat sabu adalah di kalangan Blogger dan facebookers PKR yang di lihat beriya iya benar untuk mendedahkan Video seks tersebut. Renung renung kan lah wahai PAS dan Mat Sabu
SUMBER : PAPAGOMO
No comments:
Post a Comment