Friday 10 June 2011

BUKTI ! Pilihanraya Masjid Memecah Belahkan Melayu Dan Islam Ke Tahap Teruk!

Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mansor Othman dan Abdul Malik Kassim, Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim mengaku bahawa 'pilihanraya masjid' adalah idea mereka berdua.

Cuma yang tidak diberitahu kepada rakyat ialah sama ada mereka berdua perlu menghadap Lim Guan Eng DAP sebagai KM Pulau Pinang dan peranan Setiausaha Agung DAP itu di dalam idea tersebut.
Jika mereka menghadap Lim Guan Eng, di peringkat manakah mereka cuba tidak mahu memahami bahawa mereka perlu mendapat perkenan Yang Di-pertuan Agung sebagai Ketua Agama Negara?

MiM juga mempersoalkan kebijaksanaan Mansor Othman di dalam menjawap isu 'piliharaya masjid' itu. Beliau pernah menuduh bahwa,

"Apa yang saya nampak, mereka (Umno-BN) takut kerana kuasa yang mereka salahguna selama ini akan hilang, contoh ahli kariah masjid yang dipilih dahulu tidak pernah pergi masjid pun terpilih jadi ahli kariah masjid, anak kariah tidak suka pun terpilih juga, sebab apa...sebab ianya dipilih oleh mereka (Umno-BN),"jelas Mansor.
Kenyataan Mansor Othman itu ternyata kurang cerdik. Apakah beliau tidak tahu bahawa beliau adalah di dalam kerajaan yang mentadbir negeri Pulau Pinang hari ini?

Hari ini, ketentuan di dalam pemilihan jawatankuasa masjid adalah di bawah kerajaan Lim Guan Eng dan agensi-agensinya. Sama ada konsep pemilihan yang lama dan pemilihan 'pilihanraya masjid' yang baru, jawatankuasa mesti melalui kerajaan Pakatan Rakyat itu.
UMNO/BN bukan lagi berkuasa sebagai penentu di dalam kerajaan sedia ada. Maka, dimanakah tuduhan 'salahguna kuasa selama ini akan hilang' seperti yang didakwa oleh Timbalan Ketua Menteri itu?

Dan sehingga ke hari ini, Malik Kassim masih gagal menjawap soala-soalan penting yang telah MiM gariskan! KLIK SINI

Apa pun, kita tunggu titah dan keputusan Yang Dipertuan Agung.

Seperkara lagi, Lim Guan Eng DAP telah melantik diri beliau sendiri memegang potfolio baru bagi Exco Negeri Pulau Pinang yang menjaga hal ehwal agama bukan Islam di negeri tersebut.
Maka dengan ini, MiM sarankan supaya Lim Guan Eng mengadakan pilihanraya di setiap gereja dan kuil yang ada di negeri Pulau Pinang supaya beliau boleh di lihat sebagai seorang Ketua Menteri Pulau Pinang yang adil dan Exco hal ehwal agama bukan Islam yang buat kerja.

Di bawah adalah bukti-bukti pilihanraya masjid pernah di adakan di negeri-negeri lain tetapi dihentikan kerana menimbulkan pelbagai masaalah sesama Islam :-

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan ‘pilihan raya masjid’ mempunyai kesan negatif dalam masyarakat apabila sistem itu terbukti menimbulkan persengketaan, perpecahan selain mewujudkan puak atau kem tertentu dalam masyarakat sehingga menjejaskan imej Islam.

Kelantan yang pernah melaksanakan kaedah itu pada 1960-an dan 1970-an terpaksa menghentikannya kerana timbul pelbagai masalah dan budaya tidak sihat dalam masyarakat.



Mengulas pelaksanaan kaedah itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhammad, berkata anak mukim akan mengundi dan meletakkan kertas undi di dalam kotak atau tabung berasingan yang tertera nama calon yang kebiasaannya membabitkan dua calon.

Malah, katanya, pertandingan juga dilakukan untuk menggantikan imam yang lanjut usia dengan menyediakan dua kotak dan satu daripadanya tertera nama calon baru, manakala satu kotak lagi tidak tertera sebarang nama.

“Kalau anak mukim memangkah dan meletakkan tanda itu dalam kotak kosong, bermakna imam tua akan terus menjadi imam tetapi sistem ini dihentikan sekitar 1970-an kerana apabila wujud pertandingan bermakna wujud kempen yang menyebabkan masyarakat berpecah belah dan berpuak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang melaksanakan ‘pilihan raya masjid’ iaitu kaedah baru pemilihan ahli jawatankuasa membabitkan 200 masjid di seluruh negeri itu yang didakwa belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Mohd Shukri berkata, sejak ‘pilihan raya masjid’ dihentikan, kerajaan negeri melaksanakan sistem yang mewajibkan calon menjalani tapisan menerusi ujian lisan, bertulis dan temu duga, sekali gus menyaksikan pemilihan dibuat secara telus.

“Kaedah yang diamalkan sehingga kini mampu mengelakkan perbalahan kerana tidak wujud pertikaian dikalangan anak mukim disebabkan pemilihan dibuat berdasarkan kelayakan,” katanya.


Pandangan Mohd Shukri disokong Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman yang menjelaskan pilihan raya yang pernah diamalkan di Pahang satu ketika dulu mewujudkan persengketaan dan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya, tidak wajar pilihan raya masjid dilaksanakan kerana ia lebih membawa keburukan berbanding kebaikan kepada umat Islam.

Katanya, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang mempunyai peraturan dalam pemilihan jawatankuasa masjid apabila beberapa jawatan termasuk pengerusi, bendahari, setiausaha dan beberapa ahli jawatankuasa dilantik oleh majlis selepas membuat pertimbangan daripada cadangan Kadi Daerah yang memperolehnya daripada ahli kariah.


Bagaimanapun, ada terdapat dua atau tiga ahli jawatankuasa masjid mukim akan dilantik oleh kariah menerusi pelbagai kaedah termasuk undian, katanya

SUMBER : BLOG MiM

No comments:

Post a Comment