Thursday 2 June 2011

Gempar!!! Gempar!!!! MB Perak buta lagi?????



MB Perak tidak nampakkah projek yang dinyatakan oleh OTAI MANJUNG... tapi sebenarnya Otai Manjung hanya menceritakan persepsi sahaja... manakah LAPORAN pihak tertentu mengenai kes ini??? BILAKAH laporan ini dikeluarkan? SIAPAKAH yang mendatangani laporan tersebut? BERAPAKAH bacaan indeks pencemaran? KELUARKANLAH... Jangan hanya berkata-kata sahaja..
 
 
 
DIBAWAH ADALAH ARTIKEL DI DALAM FB OTAI MANJUNG

SAHABAT ALAM MALAYSIA PERSOAL KERJA-KERJA PEMUSNAHAN
HUTAN PAYA LAUT DI KALUMPANG, MUKIM SELINSING, DAERAH KERIAN, PERAK

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mempersoal dan kesal apabila mendapati kawasan hutan paya laut seluas lebih 120 hektar sedang dimusnahkan untuk tujuan kegiatan akuakultur di Kalumpang, Mukim Selinsing, Daerah Kerian, Perak.

SAM telah melakukan tinjauan pada 26 April lalu setelah mendapat rungutan dan aduan daripada penduduk berhampiran kawasan cadangan projek terutama nelayan yang tidak bersetuju hutan paya laut dimusnahkan pada skala yang luas.

Golongan nelayan pesisiran pantai khususnya mendakwa pemusnahan hutan paya laut untuk tujuan kegiatan akuakultur telah menyebabkan hasil tangkapan berkurangan.

Dakwaan tersebut mempunyai asas kerana hutan paya laut menjadi habitat yang penting untuk kelestarian hidupan akuatik / marin.

Malah apabila terdapat kolam akuakultur, didapati juga telah menyebabkan pencemaran semasa pengusaha melepaskan air kumbahan yang mengandungi bahan kimia berbahaya ke perairan.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pemaju cadangan projek telah melakukan kerja-kerja pemusnahan hutan tanpa terlebih dahulu mengemuka dan mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Laporan EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Dakwaan tersebut didapati benar apabila SAM menghubungi pihak JAS Negeri Perak yang mengakui bahawa pemaju cadangan projek masih belum mengemuka Laporan EIA.

Lebih dikesali kerana cadangan projek adalah dibawah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) tidak mematuhi peruntukan perundangan sedia-ada.

Cadangan projek adalah bercanggah dengan Rangka Tindakan Sosio-Ekonomi Koridor Utara 2007 - 2025 yang megandungi cadangan dan saranan iaitu antaranya melindungi aset-aset alam sekitar berdasarkan Rancangan Fizikal Negara (RFN).

SAM berharap Kerajaan Negeri membatalkan cadangan projek tersebut dan cadangan projek-projek lain yang melibatkan pemusnahan hutan paya laut pada skala yang luas kerana kegiatan pemusnahan hutan paya laut di Negeri Perak agak serius.

Sekian.
(MEOR RAZAK BIN MEOR ABDUL RAHMAN)
Bp: Sahabat Alam Malaysia

Siapakah Otai Manjung????

 

No comments:

Post a Comment