Monday, 1 October 2012

Banjir Di Kampung Padang Tembak. Siapa yang jadi HERO ???

Sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Kekangan kerja di luar kawasan membuatkan tiada masa yang terluang untuk menulis.

Minggu lalu rupanya kawasan saya telah dilanda banjir kilat. Itu pun dapat tahu dari surat khabar SINAR. Teruk juga banjir kilat tu.. rupanya dalam blog Manjongmari pun ada gambar-gambar ditempat kejadian.


Terima kasih kepada Manjongmari kerana peka dengan keadaan sekeliling. Tapi yang hairannya mengapa TIADA TINDAKAN dari PAS untuk membantu mangsa banjir. Hantar bantuan makanan pun tidak, usahkan membantu mangsa banjir menyelesaikan masalah.

Yang saya tahu, wakil dari pihak PAS Lumut ada hadir dalam masa banjir berlaku iaitu Sdr Hamidon. Siapa Hamidon? Engineer? wakil rakyat ?

Opsss.. rupanya Sdr Hamidon ni adalah Pegawai Khas  kepada ADUN Pasir Panjang, YB Nizar Lambai..

Kejadian banjir ni berlaku dalam DUN Pangkor, kenapa wakil ADUN Pasir Panjang pula masuk campur. Bukan kah dalam DUN Pasir Panjang juga berlaku banjir.? Kenapa tak pergi melawat atau ziarah.? Di DUN Sitiawan juga berlaku, kenapa tak pergi tengok..? itu kan kawasan Sepupu YB Nizar Lambai..  RUPANYA MEREKA NI NAK JADI HERO. Kononnya mereka inilah penyelamat kepada mangsa banjir.

Saya berfikir, takkan pihak MB, iaitu ADUN Kawasan Pangkor tidak membuat tindakan. Lalu saya pun 'call' rakan-rakan yang ada dikawasan tersebut.

Apa yang saya dapat dari 'call' tu.. penerangan demi penerangan oleh sahabat saya yang merupakan penduduk di kawasan yang dilanda banjir kilat tersebut.

Beliau memberi tahu bahawa pihak YAB MB Perak, telah awal lagi sampai untuk membantu mangsa banjir. Seawal 7.00 pagi Pegawai Khas ADUN Pangkor, Tn Hj. Azri telah sampai. Beliau tidak menunggu lama untuk memberi bantuan dengan kadar segera. Bentuk bantuan yang disediakan ialah sarapan pagi kepada mangsa banjir. Beliau terus meminta agar makan tengahari juga disediakan kepada mangsa banjir. TIDAK SEPERTI Pegawai Khas ADUN Pasir Panjang. Datang hanya ambil gambar. Bukan beri bantuan.


Tn Hj Azri juga telah mengarahkan wakil penduduk kampung segera memanggil  'back hoe' untuk melebarkan parit dan menukar gelung parit. Salah satu punca banjir kilat tersebut adalah kerana saluran parit tersebut sumbat dan kecil. Beliau terus menggantikan saluran parit yang lebih besar dengan serta merta. Perbelanjaan ditanggung oleh pihak ADUN Pangkor. Sekejap  sahaja BANJIR tersebut surut. Inilah yang dikata tindakan segera yang dilakukan oleh pihak ADUN Pangkor.





Sepatutnya Sdr Hamidon (PAS) membuat tindakan dengan cara membantu mangsa, bukan hanya memberi jawapan yang tidak sesuai. Adakah patut dia cakap :
 KALAU KAMI PERINTAH, KAMI AKAN SELESAIKAN MASALAH INI...
Itu kalau PAS menang PRU 13. Yang jadi masalahnya mengapa harus tunggu pilihanraya baru nak selesaikan masalah penduduk... Nampak gayanya memang tidak selesailah.

Apa pun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil YAB MB, melalui Tn Hj Azri kerana tindakan pantas dalam mengatasi masalah rakyat. Malam itu juga YAB MB balik ke kawasan untuk memantau kerja-kerja yang telah diarahkan oleh beliau. Alhamdulillah. Semua selesai.  Terima kasih..
Untuk Manjongmari  : saya harap awak jangan lah mencari dosa kering lagi. Saya tak sanggup melihat awak mendapat dosa dengan memfitnah orang lain, sedangkan awak solat siang malam.
Hanya ALLAH sahaja tahu niat murni kita.

Terima kasih juga kepada Sdr Tajul Ariffin, Ketua Pemuda UMNO Kg Padang Tembak atas ihsan gambar-gambar di atas.

No comments:

Post a Comment