Wednesday, 6 March 2013

SAJAK KHAS UNTUK PEJUANG DI LAHAD DATU

Rabu, 6 Mac 2013
SAJAK KOMANDO OPS DAULAT


9 Februari 2013, tanah kami kau langgar,
Dengan senjata, maruah kami kau cabar,
Dalam rundingan, kami bersabar,
Apa mungkin "saudaraku" perjuanganmu tersasar,
Kau degil, terus mencakar,
Perdamaian sudah semakin samar

1 Mac 2013, Hari Jumaat yang besar,
Darah saudara kami kau lapar,
Batang tubuhnya kau kelar,
Dibawa pulang keranda digandar,
Menangis si kecil, diminta bersabar,
Hilang sudah tempat bermanja, tempat bersandar

Satu Malaysia Mula Tersedar,
Kau bukannya saudara, malah musuh tegar,
Dari Padang Besar ke Daerah Papar,
Semboyan Keramat memanggil Pendekar

Kami sudah hilang sabar,
Pendekar melangkah tangan menggegar,
Mana musuh kami panggar, kami selongkar, kami bongkar,
Tidak bersisa kami langgar,
Berlembut kami kau salah anggar,
Ini bumi, tanah Pendekar

Rejimen Gerak Khas,
Kuala Lumpur
5 Mac 2013


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, 4 March 2013

Nur Misuari pengikut bontot Anwar Ibrahim??

Keangkuhan pengganas gerila Sulu yang turun dari bukit berdekatan selepas kes serangan hendap yang mengorbankan 6 orang anggota polis di Kampung Simunul, Sampoerna akhirnya menerima padah apabila dipukul sampai mati oleh penduduk tempatan.

Tindakan berani dan pro aktif sedemikian mencerminkan sikap patriotisme penduduk setempat kepada negeri dan negara. Ia juga satu luahan kebencian mereka terhadap keganasan yang dilakukan oleh kumpulan penceroboh yang mengaku sebagai tentera Kesultanan Sulu itu.

Dalam pertempuran di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna sehari dua lalu, seramai 12 orang dilaporkan terbunuh di mana 6 orang daripadanya adalah polis Malaysia yang diserang hendap ketika menjalankan risikan di kampung terbabit.

Sementara 6 orang lagi yang terbunuh ialah pengganas Sulu termasuklah seorang daripada gerila itu dibunuh oleh penduduk tempatan.

Satu perkara penting di sebalik tindakan berani sekumpulan penduduk itu telah membawa kepada penemuan bukti kukuh yang mengesahkan kumpulan pengganas Sulu itu turut mendapat bantuan dan sokongan dari Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MILF) yang dipimpin oleh bekas Gabenor Mindanao, Nur Misuari.

Baru-baru ini Nur Misuari telah mengadakan pertemuan dengan rakannya iaitu Ketua Pembangkang Malaysia merangkap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Wednesday, 3 October 2012

Izzara ke ni???



Kami dapat lihat beberapa blog sibuk mengemaskinikan blog masing-masing dengan memuatnaik video Izara Aisyah yang dikatakan amat seksi ketiak menarikan tarian tango ketika masih menuntut.

NescafeAis mengambil inisiatif memuatnaik semula video tersebut setelah ianya disekat.

Tak tahulah berapa lama pula ianya akan bertahan...hehehe

Video berdurasi 7.43 minit ini menyaksikan 6 orang wanita termasuk Izara Aishah yang berpakaian seksi berwarna hitam. Izara Aisyah Heroin drama “Vanilla Coklat” ini boleh dilihat memakai corset dan skirt pendek bersama stokin yang agak seksi dengan tarian yang dipersembahkan agak mengghairahkan. - NescafeAis



Keris terbaca di blog Semut Hitam. Kepada rakan blogger tersebut, tidakkah kamu terfikir perkara ini akan memberi impak negatif kepada Izara Aisyah? Kasihan sikit pada dia. Ini mungkin projek ketika dia masih belajar. Tak perlu nak 'highlight' sangat. Tanya dulu pada empunya diri.

Dia bukannya berbogel macam Anwar atau Azmin Ali. Dia bukan pemimpin dan kena siasat dahulu dan tanya kepada empunya diri. Ramai lagi yang siap dedah sana-sini. 

Kepada Izara Keris harap tabah dan boleh keluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut. Awak sedang meningkat naik dan mesti ada yang cemburu dan timbulkan perkara sebegini. Keris doakan Izara terus berjaya. Akui kesilapan adalah perkara yang baik. Jangan dah terang-terang ada dalam video tak mengaku dan gunakan alasan bodoh kata perut tak sama macam Anwar.
Nak tengok ... tonton disini

Monday, 1 October 2012

Banjir Di Kampung Padang Tembak. Siapa yang jadi HERO ???

Sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Kekangan kerja di luar kawasan membuatkan tiada masa yang terluang untuk menulis.

Minggu lalu rupanya kawasan saya telah dilanda banjir kilat. Itu pun dapat tahu dari surat khabar SINAR. Teruk juga banjir kilat tu.. rupanya dalam blog Manjongmari pun ada gambar-gambar ditempat kejadian.


Terima kasih kepada Manjongmari kerana peka dengan keadaan sekeliling. Tapi yang hairannya mengapa TIADA TINDAKAN dari PAS untuk membantu mangsa banjir. Hantar bantuan makanan pun tidak, usahkan membantu mangsa banjir menyelesaikan masalah.

Yang saya tahu, wakil dari pihak PAS Lumut ada hadir dalam masa banjir berlaku iaitu Sdr Hamidon. Siapa Hamidon? Engineer? wakil rakyat ?

Opsss.. rupanya Sdr Hamidon ni adalah Pegawai Khas  kepada ADUN Pasir Panjang, YB Nizar Lambai..

Kejadian banjir ni berlaku dalam DUN Pangkor, kenapa wakil ADUN Pasir Panjang pula masuk campur. Bukan kah dalam DUN Pasir Panjang juga berlaku banjir.? Kenapa tak pergi melawat atau ziarah.? Di DUN Sitiawan juga berlaku, kenapa tak pergi tengok..? itu kan kawasan Sepupu YB Nizar Lambai..  RUPANYA MEREKA NI NAK JADI HERO. Kononnya mereka inilah penyelamat kepada mangsa banjir.

Saya berfikir, takkan pihak MB, iaitu ADUN Kawasan Pangkor tidak membuat tindakan. Lalu saya pun 'call' rakan-rakan yang ada dikawasan tersebut.

Apa yang saya dapat dari 'call' tu.. penerangan demi penerangan oleh sahabat saya yang merupakan penduduk di kawasan yang dilanda banjir kilat tersebut.

Beliau memberi tahu bahawa pihak YAB MB Perak, telah awal lagi sampai untuk membantu mangsa banjir. Seawal 7.00 pagi Pegawai Khas ADUN Pangkor, Tn Hj. Azri telah sampai. Beliau tidak menunggu lama untuk memberi bantuan dengan kadar segera. Bentuk bantuan yang disediakan ialah sarapan pagi kepada mangsa banjir. Beliau terus meminta agar makan tengahari juga disediakan kepada mangsa banjir. TIDAK SEPERTI Pegawai Khas ADUN Pasir Panjang. Datang hanya ambil gambar. Bukan beri bantuan.


Tn Hj Azri juga telah mengarahkan wakil penduduk kampung segera memanggil  'back hoe' untuk melebarkan parit dan menukar gelung parit. Salah satu punca banjir kilat tersebut adalah kerana saluran parit tersebut sumbat dan kecil. Beliau terus menggantikan saluran parit yang lebih besar dengan serta merta. Perbelanjaan ditanggung oleh pihak ADUN Pangkor. Sekejap  sahaja BANJIR tersebut surut. Inilah yang dikata tindakan segera yang dilakukan oleh pihak ADUN Pangkor.





Sepatutnya Sdr Hamidon (PAS) membuat tindakan dengan cara membantu mangsa, bukan hanya memberi jawapan yang tidak sesuai. Adakah patut dia cakap :
 KALAU KAMI PERINTAH, KAMI AKAN SELESAIKAN MASALAH INI...
Itu kalau PAS menang PRU 13. Yang jadi masalahnya mengapa harus tunggu pilihanraya baru nak selesaikan masalah penduduk... Nampak gayanya memang tidak selesailah.

Apa pun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil YAB MB, melalui Tn Hj Azri kerana tindakan pantas dalam mengatasi masalah rakyat. Malam itu juga YAB MB balik ke kawasan untuk memantau kerja-kerja yang telah diarahkan oleh beliau. Alhamdulillah. Semua selesai.  Terima kasih..
Untuk Manjongmari  : saya harap awak jangan lah mencari dosa kering lagi. Saya tak sanggup melihat awak mendapat dosa dengan memfitnah orang lain, sedangkan awak solat siang malam.
Hanya ALLAH sahaja tahu niat murni kita.

Terima kasih juga kepada Sdr Tajul Ariffin, Ketua Pemuda UMNO Kg Padang Tembak atas ihsan gambar-gambar di atas.

Thursday, 7 June 2012

Depan Imran Ade BABI:????!!!!!


Pada  4/6/12 Isnin jam 8.00 malam di Restoran Bei King, Sitiawan.. Si Imran bakal calon DUN Pasir Panjang hadir dalam ceramah DAPigs. Aku pun hadir sebab nak dengor ceramah Bangsat-bangsat ni... masa aku tengah tengok skrin besor kat luor tu...aku nampak depa tengah tayang gambor Imran yang ade kat dalam dewan tu...aku ape lagi..masuk dalam le... amik le gambor...

Si Imran ni dihidangkan makanan Halal...KFC dan air PEPSI... tapi yang herannyer dekat meja die makan juga dihidangkan makanan "SPESEL" orang cina.

Aku cuba tengok keliling... memang ramai la...tapi sume cina... yang ade melayu aku dengan Imran jer....
Seperti biasa... ceramah DAPigs ni tak lain tak bukan menegakkan benang basah. Ape yang depa cakap semuenyer betoi.. ape yang kerajaan buat semuenyer... tak ade yang betoi pun.





Aku turut "BERBANGGA" sebab Lim Guan Eng turut hadir dalam ceramah tu dan turut mengumumkan KUIL HINDU TERBESAR DAN PALING BANYAK ANAK TANGGA akan siap tidak lama lagi di Pulau Pinang... tahniah la... Si Imran turut tepuk tangan. Malam tu jugak didihidangkan minuman 'SPESEL' iaitu Carsberg atau lebih dikenali "PASBERG TAKEBEER".

Sian aku tengok Si Imran tu sorang jer melayu yang duduk kat situ... 
 

Wednesday, 9 May 2012

Mahfuz Dakwa Dalam Ceramah - Najib Minta Komisen RM3Bil Isu Scorpene ..... SO, NAK BIARKAN SAJA?

Mazfuz Bean mengila dalam ceramahnya,terbaru video ceramahnya telah jelas mendakwa bahawa DS Najib Minta Komisen RM3Bil Isu Scorpene?Tapi kalau cerita begini disebarkan dengan meluas dengan berani secara terbuka dimerata ceruk negara ..... takkan nak dibiarkan begitu saja ? ? ?Diatas adalah Ceramah Mahfuz di Kuala Berang 8 Mei 2012. Dakwaan diucap depan orang ramai, video di upload dalam Youtube dan pastinya disebarkan denga meluas !
Nak jumpa, bayar RM3bil ! Belum beli lagi ...... Bila dah beli ... siap settle semua perjanjian ... entah berapa ? Ini menyebabkan kapalselam itu menjadi harga dia lebih mahal daripada yang dibeli oleh India, yang dibeli oleh negara-negara lain didunia ini.

Sebab apa? Sebab nak bayar kepada Perimekar, nak bayar kepada Datuk Najib, nak bayar kepada kroni-kroni kepada Perdana Menteri !
TENGOK SINI
boleh juga ditonton di SINI

PERSOALAN SAYA - Apakah Najib @ Umno @ Pihak Berkuasa harus berdiam diri dengan dakwaan sedemikian ? READ MORE

Tuesday, 8 May 2012

Apa Kata Orangramai Tentang Demo BERSIH 3.0 Di Mekkah....

Senarai komen

Benci
Ramai rakyat Malaysia cintakan keamanan tetapi sebab segelintir golongan, semua rakyat Malaysia dapat tempias.
Ummu Anas
Saya adalah antara jutaan rakyat malaysia yang sama sekali tidak menyokong perhimpunan Bersih sama sekali. saya amat-amat malu dengan sebahagian rakyat Malaysia yang berada diluar negara dan mengadakan perhimpunan bersih diluar negara. Ini amat-amat mencemarkan nama baik Malaysia. Pada hemat saya, sekiranya kita mempunyai masalah di rumah kita, adalah amat tidak wajar samasekali untuk mengadakan tunjuk perasaan dirumah jiran kita atau kenalan kita yang lain.

Sikap dan tindakan yang dibuat oleh segelintir rakyat Malaysia yang berada diluar negara sebeginilah yang akan menyusahkan mereka yang lain dimasa akan datang. Pihak kerajaan Arab Saudi khasnya dan kerajaan negara lain amnya mungkin pada masa akan datang akan mengetatkan undang2 untuk rakyat malaysia yang ingin datang berkunjung ke negara mereka.

Kepada rakyat Malaysia, berdasarnya kepada pengajaran daripada peristiwa yang berlaku dinegara-negara lain didunia, sebarang tunjuk perasaan daripada rakyat terdahap kerajaan, pastinya akan mendapat sokongan negara barat dan sekutunya sekiranya pemimpin yg memerintah negara tersebut adalah dikalangan mereka yang lantang mengkritik barat. Sokongan barat pastinya diberikan kepada pemberontak kerana mereka mahukan kerajaan yang menentang mereka ditumpaskan dan ingin meletakkan pemimpin yang mampu mengikut telunjuk barat.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa pastinya telah mengambilkira beberapa faktor dan juga panduan daripada alquran, sunnah dan contoh dan tauladan di zaman Rasullullah S.A.W. saya percaya sekiranya pihak pembangkang mengeluarkan fatwa yang sedemikian, pengikut-pengikut pembangkang pasti akan menerimanya dengan hati yang terbuka.

JAMES
PM freeze je org dan keluarga yg telah mencemarkan nama baik malaysia ni. mereka-mereka ni dah tak perlu g sna lagi dah, biar bagi pengajaran. jgn pula satu hari mana-mana rakyat malaysia dah tak boleh mengerjakan haji n umrah kerana manusia yg pentingkan diri sendiri ni.fikirkan lahhh
fiq
mereka yang berdemokrasi disana berada di dalam kesesatan pada ketika itu. Semoga mereka bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Apakah keuntungan yang mereka peroleh ? Kerajaan perlu senaraikan nama mereka dan kirimkan salam pada mereka melalui keluarga di Tanah Air. Semoga mereka bertaubat.
nanaygkiut
ASTAGAFIRULLAH.....jgn la sukati je nak buat demonstrasi ke apa ke.......kita mmg ada hak bersuara tapi ini bukan caranya.........caranya bermusyawarah, mengadakan syura dan berbincang dengan elok seperti yang dilakukan oleh Rasulullah dan para pengikutnya dahulu...........kan ini dah menyusahkan negara sendiri
Orang Banjar
Alhamdulillah kerajaan Arab Saudi tak keluarkan notis menghalang orang Islam Malaysia buat Haji dan Umrah. Kalau tak, mungkin tak tercapailah hasrat saya nanti.

Itulah...lain kali sebelum buat sesuatu perkara, fikir secara holistik ( menyeluruh ). Bukan ikut sedap nafsu sahaja. Bila tak suka satu dua perkara, buat demo.

Semua orang boleh suarakan pandangan tapi kenalah ikut saluran, cara dan adab yang betul. Jangan jadi kuda tunggangan sesiapa untuk menyatakan suara anda. Berdemo bukanlah cara terbaik sebab kehancuran selepas itu memang telah dijangka. Saya yakin Ambiga dan parti pembangkang dah jangka daripada awal bahawa suasana tidak terkawal akan berlaku. Lepas tu bila hasrat dah tercapai, mereka serahkan pada polis untuk jawab semua tuduhan, DBKL untuk bersihkan kota KL dan peserta BERSIH untuk menanggung semua kehinaan. Mereka dah lepas tangan...

Itulah ciri-ciri iblis dan syaitan sebab sesungguhnya iblis dan syaitan itu tidak akan tenteram selagi manusia ini hidup dalam keadaan aman dan mentauhidkan Allah..
Nor Aqilah Mohammed Sa'aer
Sudahlah menyusahkan orang di negara sendiri, tempat beribadat yang meyatukan semua umat Islam pun mahu dijadikan medan demonstrasi?! banyak lagi cara boleh dilakukan kalau tidak berpuashati dengan kerajaan. Tapi jangan disebabkan taksub enggan politik, rumah ibadah jadi medan fitnah-memfitnah dan tuduh - menuduh, keputusan para ulama dipertikai dan institusi ulama diketepikan dari segala aktiviti politik. Sudahlah kamu menyusahkan orang untuk beribadat, Apa lagi yang kamu mahu? kehendak manusia bukan semua boleh dipuaskan. Ada batas2nya.
HJ SHARI
'Tanah Haram Mekkah' Tempat beribadah dan menyerah diri kepada Allah. Tempat merendah, menunduk kesyukuran dan bertaubat, menghilangkan rasa angkuh/sombong diri.
annacomel
Jika dibiarkan menjadi barah.. malangnya pelaku ini adalah bangsa melayu yang beragama Islam.
Amiruddin
Berdasarkan komen yang diterima dari kerajaan Arab Saudi, kerajaan Malaysia, melalui agensi haji/umrah patut ambil tindakan tegas terhadap mereka-mereka yang terbabit agar yang bercadang untuk menunaikan ibadah pada masa akan datang tidak akan mencampur agenda politik dalam urusan ibadah. Juga, tindakan disiplin akan menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar Malaysia yang menerima tajaan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan supaya bersyukur dan menghormati pihak yang sudah memberi mereka peluang untuk sambung belajar.
Pejuang Islam
Makin melampau perangai pengikut parti guna nama Islam. Kerajaan perlu tegas.